assalamualaikum..
jika kita perhatikan dari sains dan sejarah,terdapat penyelewengan yang dicetuskan oleh Darwin..menurut Darwin dan para penganut Darwinisme,semua yang berlaku di dunia ini hanyalah satu kebetulan ..perkara ini diringkaskan lagi dengan teori evolusi..pada peringkat awal teori ini diterima pakai banyak pihak tanpa usul periksa,malah dimasukkan dalam silibus dalam subjek sains dan sejarah..berikutan itu,makin ramai yang tertipu dengan teori ini..
namun,Allah berfiman dalam al-Quran:
"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan ) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya".(as-Saf ayat 8)
begitulah Allah mengazab orang-orang yang ingin memesongkan akidah orang lain..Allah juga berfirman dalam al-Quran yang mana mafhumnya:"..mereka merancang,Allah juga merancang,dan Allah adalah sebaik-baik Perancang.."
sekarang,satu demi satu perkara yang dinyatakan dalam al-Quran berlaku..contohnya,peredaran matahari yang mengelilingi bima sakti,difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Yaasin,1400 tahun selepas itu,baru boleh nampak matahari mengelilingi bima sakti..mustahil al-Quran sesuatu yang diada-adakan oleh nabi Muhammad SAW..
sesungguhnya,ilmu itu adalah warisan para anbia..nabi Nuh as,arif dalam ilmu pertukangan kayu,nabi Idris as,arif dalam bidang jahitan,nabi Daud as,arif dalam pertukangan besi,nabi Musa as,arif dalam ilmu kimia hinggakan dapat menghasilkan emas hasil campuran beberapa kimia yang diajarkan kepada Qarun,nabi Ibrahim,mahir dalam ilmu arkitek,nabi Yusuf as,arif dalam ilmu tafsir mimpi,nabi Sulaiman as,arif dalam ilmu pentadbiran,nabi Isa as,mahir dalam ilmu perubatan,nabi Muhammad SAW,mahir dalam ilmu pentadbiran..
oleh itu,carilah ilmu..terokainya..jangan hanya terima apa yang yang diterima orang walaupun majoriti..pembongkaran muslihat yang dilakukan oleh Darwin dan konco-konconya telah dilakukan oleh seorang insan yang menggunakan nama pena Harun Yahya..kejayaannya walaupun tidak diketahui umum,tetapi yakinlah semua penipuan yang telah dilakukan akan terbongkar juga..
selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda sekaliannya..

No comments:
Post a Comment