Saturday, 31 December 2011

sahabatku aiman..

kelmarin,30 Disemder,aku pergi ke masjid al-Makmur untuk menunaikan solat fardhu maghrib secara berjamaah..apa yang kuharapkan juga adalah dapat bertemu lagi aiman haikal, sahabatku..khabarnya,dia berada di kedah..tetapi sama ada dia sudah pulang atau masih di kedah.."man,kalo ngko takde malam ni,aku sorang jela dengar kuliah maghrib,''bisik hatiku ini kerisauan..

Alhamdulillah,tengah mengangkat wuduk,aku bertemu aiman,sahabatku..''takpelah,lepas maghrib nantilah'',pujuk hati keseorangan..''Allahuakbar.'',imam angkat takbiratul ihram..''siapa sebelahku ini?'',''oh,aiman,nampak lebih matang dari dulu''...usai solat maghrib,wirid dibacakan bersama-sama diiringi dengan doa, senjata orang mukmin..

seperti biasa,selepas solat maghrib,jemaah akan menunaikan solat sunat,begitu juga kami..penceramah sudah memberi salam untuk memulakan kuliah sebelum sempat menghabiskan doa..setelah itu,aku tidak lepaskan peluang untuk bersama aiman ..sambil mendengar kuliah,sambil berborak..

aiman,my friend..
bermula dengan bertanya khabar,khabar dari terendak,khabar dari gemencheh,pmr,isi kuliah,khutbah jumaat yang lepas,artis yang balik ke pangkal jalan dan.....luahan perasaan..

aiman: aku rasa malulah..duduk di sebelah orang ang lebih tinggi kastanya daripada aku..
aku:  apa maksud ngko,man?
aiman:  yela..ngko kan banyak amalan..
aku:  man,yang membezakan kita taqwa,bukan amalan..lagi tinggi taqwanya,lagi dekatlah dia kepada Allah SWT...

ya,sahabatku..bukan amalan menjadi pengukur,tetapi nilai taqwa..tahukah bahawa setiap amalan kita itu ditapis dengan tujuh atau sembilan halangan..amalan yang lepas kesemuanya ialah amalan yang betul-betul ikhlas..amalan yang hanya diterima oleh Allah SWT hanyalah amalan yang ikhlas,bersih dari riya',takbur,ujub dan sebagainya..

lagipun sahabatku,yang akan masuk syurga nanti,hanya orang yang diberi rahmat..bukannya orang yang paling banyak amalannya..Allah SWT ada berfirman dalam surah al-Mulk ayat 2:

Yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapa di antara mereka yang lebih baik amalannya,dan Dia Yang Maha Perkasa,Maha Pengampun.

Allah SWT hanya kan menerima amalan yang terbaik,bukan banyak semata-mata...dalam sebuah kisah,ada dua orang yahudi yang hidup sebelum zaman Rasulullah SAW..seorang ahli ibadah,seorang lagi ahli maksiat..suatu ketika,ahli ibadah terjumpa yahudi ahli maksiat dan dikatakan kepadanya,''engkau tidak akan dapat masuk syurga!''selepas beberapa tahun,kedua-duanya meninggal dunia..semasa di mahsyar,Allah SWT mengatakan kepada ahli maksiat bahawa dia akan masuk syurga dengan RAHMAT ALLAH..manakala dikatakan kepada ahli ibadah yang dia akan ke neraka kerana mengatakan bahawa ahli maksiat itu tidak masuk syurga..siapalah kita nak tentukan seseorang ke neraka atau syurga..

moga-moga persahabatan kami kekal sehigga ke syurga Allah SWT biarpun ada antara kami akan berpindah lebih dahulu..aiman ke kedah,aku pula ke selatan tanah air..ameen..

selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW dan sahabt-sahabat Baginda sekaliannya..

Friday, 30 December 2011

adab makan ( ^_^ )

assalamualaikum..

ya,hari,saya nak kongsikan beberapa adab makan yang diajarkan oleh junjungan mulia nabi Muhammad SAW.."err,ape la ngko nih,makan pun nak ajar ke?"..bukan nak ajar,tapi nak kongsikan dengan semua..supaya walaupun kita makan,tapi setiap suapan itu dapatlah kita makin dekatkan diri kita dengan Allah SWT dan kekasih-Nya Rasulullah SAW..kepada sesipa yang di luar sana ada juga yang nak kongsi,boleh tambah..

setiap kali nabi Muhammad SAW hendak makan,Baginda SAW akan mencuci tangan Baginda yang mulia itu..kemudian,Baginda SAW akan duduk di bawah dan makanan dialaskan saprah ( alas )..Baginda SAW akan makan  menggunakan tangan kanan.."alahai,bang uih,kitorang taula mende tu"..bagus kalau dah tahu,tetapi,adakah apabila kita lakukan sedemikian,antum semua niatkan untuk mengikuti Baginda SAW?.."ruginye saya selama ni"..

apabila makan,Baginda SAW akan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil..bukan macam kita sekarang ni,selagi tak tumpah nasi,selagi tu nasi dimuatkan ke tapak tangan..tidak lupa juge,Baginda SAW tidak akan makan melainkan secara berjemaah..kalau tengok masyarakat sekarang,makan seorang diri pun dah jadi kebiasaan..Baginda SAW tidak makan dan minum secara berdiri,namun sebahagian ulama mengatakan boleh minum berdiri jika tiada tempat duduk..tapi ingat,yang saya dengar,minum sahaja..

apabila Baginda SAW hendak memulakan makan,Baginda SAW akan membaca doa..tapi doa Baginda SAW ialah:"BismiLLahi wa'ala barkatiLLah.."masyarakat kita membaca doa:"Allahumma bariklana...."untuk pengetahuan semua,itu doa apabila nampak makanan,doa itu bertujuan meminta berkat atas rezeki tersebut..andaikata tiba-tiba ada makanan jatuh,Baginda SAW akan mengutipnya kembali,dan cucikannya kemudian isi semula ke pinggan..lihat,sampai begitu sekali nabi Muhammad SAW mengajarkan kita supaya tidak membazir..

juga andaikata ada serangga bersayap seperti lalat,nyamuk dan sebagainya jatuh dalam minuman,Baginda SAW mengajarkan kita supaya mencelupkan serangga tersebut kerana Baginda SAW pernah bersbda bahawa sayap kiri serangga adalah racun manakala sayap kanan serangga tersebut adalah penawar..kajian terkini juga telah membuktikan sedemikian..akhir sekali,Baginda SAW akan menyisip atau menghisap jari Baginda SAW keseluruhannya,kerana menurut beberapa riwayat,Baginda SAW pernah mengatakan bahawa hujung jari mempunyai sesutu yang dapat membuatkan sistem penghadaman berlaku dengan effisien..untuk membuktikannya,cuba anda celupkan hujung jari ke dalam kuah atau lauk,mesti tak dapat bertahan lama sebab hujung jari mempunyai enzim yang berfungsi sebagai pencerna makanan..

selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat Bainda sekaliannya.. 


personaliti melalui warna..

assalamualaikum..

sebahagian ahli psikologi bijak dalam memahami personaliti seseorang melalui warna pilihan..tidak dapat dinafikan lagi,bahawa kajian terkini warna dapat menonjolkan sesutu personaliti,seterusnya mencorakkan gaya kehidupan seseorang..

nabi Muhammad SAW juga mempunyai warna pilihan..Baginda SAW lebih menyukai warna putih menurut beberapa riwayat..warna putih melambangkan kesucian..oleh yang demikian,Baginda SAW memakai pakaian putih apabila hendak mendirikan solat..warna ini juga digalakkan kepada umatnya melalui sabda Baginda dalam beberapa riwayat kerana bagi memastikan umat Islam bijak dalam menjaga kebersihan diri..

nabi Muhammad SAW juga menyukai warna hijau..menurut beberapa riwayat,Baginda SAW menyukai warna hijau selepas warna putih..warna hijau melambangkan ketenangan..memang padanlah dengan sifat Baginda SAW yang bersifat tenang,tidak tergesa-gesa..pedang Baginda SAW yang terkenal, Zulfaqar,berwarna hijau..pedang tersebut Baginda SAW akan bawa dalam hampir setiap peperangan yang Baginda sertai..

nabi Muhammad SAW pernah memakai baju berwarna merah..selalunya,Baginda SAW akan memakainya apabila menyambut tetamu..contohnya,apabila Raja Yaman memerintahkan tenteranya untuk memanggil nabi Muhammad SAW,Baginda berbincanag dengan isterinya seketika,lalu,atas perstujuan bersama,Baginda SAW mengambil keputusan untuk menghadap raja tersebut..pada waktu itu,nabi Muhammad SAW mengenakan baj merah dan berserban hitam melalui beberapa riwayat..

tidak dilupakan juga,Baginda SAW pernah mengenakan pakaian berwarna hitam..perkara ini diriwayatkan oleh riwayat sahabat  Baginda yang mana beliau nampak nabi Muhammad SAW mengenakan pakaian hitam pada peristiwa fathul makkah (pembukaan kota Makkah)..warna yang sama juga pernah dipakai oleh legenda Islam yang agung,Sultan Salahuddin al-Ayubi ketika pembukaan kota Palestin..

selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW serta sahabat-sahabat Baginda sekaliannya..

Thursday, 29 December 2011

10 wasiat Hassan al-Banna

  1. dirikan solat apabila mendengar azan,walau apapun keadaan pada waktu itu..
  2. bacalah al-Quran,atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain,atau zikirlah kepada Allah SWT. jangan engakau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
  3. bercakaplah dengan bahasa arab dengan fasih,kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.
  4. jangan banyak berdebat dalam apa jua hal.pertengkaran tidak mendatangkan sebarang kebaikan..
  5. jangan banyak ketawa,kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
  6. jangan suka berjenaka atau berolok-olok,kerana umat yang berjuang,tidak mengenal yang lain selain kesungguhan..
  7. jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar.ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan..
  8. jauhi menghina orang,mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik..
  9. perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai,walaupun ia tidak meminta daripadamu,sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling mengenali..
  10. kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia.oleh itu,bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya.jika engkau mempunyai sesuatu urusan,maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya..
as-syahid imam Hassan al-Banna ialah pejuang agama dari Mesir..pintar akalnya,luhur akhlaknya,tetap pendiriannya..menurut para ulama, beliau mungkin adalah insan yang pernah diisyaratkan oleh junjugan mulia nabi Muhammad SAWyang mana sabda baginda,:akan lahir seorang daripada umat Islam yang akan menyatukan umat Islam setiap satu kurun (100 tahun)..perjuangan beliau tidak pernah berhenti sehingga ke titisan darah beliau yang terakhir apabila beliau dibunuh oleh kerajaan Mesir sendiri..seterusnya,perjuangannya diteruskan lagi oleh para pendukung IM (Ikhwanul Muslimeen),namun semakin lemah kerana penindasan yang berlaku di Mesir makin menjadi-jadi oleh british..

Rasulullah SAW pernah bersabda:"pada akhir zaman nanti,orang Islam seperti makanan di tengah-tengah sekalian serigala yang lapar."lalu,sahabat bertanya,"adakah pada waktu itu bilangan kita kecil ya Rasulullah?",lalu jawab Baginda,"tidak,bahkan kamu ramai,tetapi,semuanya bagai buih di tengah lautan"..Rasulullah SAW juga pernah mengatakan bahawa umat Islam pada akhir zaman akan ditimpa penyakit wahn.sahabat baginda bertanya apakah wahn itu,lalu Baginda SAW menjawab yang wahn iru adalah penyakit cintakan dunia dan takutkan mati..

selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat Baginda sekaliannya..

penipuan Darwinisme..

assalamualaikum..

jika kita perhatikan dari sains dan sejarah,terdapat penyelewengan yang dicetuskan oleh Darwin..menurut Darwin dan para penganut Darwinisme,semua yang berlaku di dunia ini hanyalah satu kebetulan ..perkara ini diringkaskan lagi dengan teori evolusi..pada peringkat awal teori ini diterima pakai banyak pihak tanpa usul periksa,malah dimasukkan dalam silibus dalam subjek sains dan sejarah..berikutan itu,makin ramai yang tertipu dengan teori ini..

namun,Allah berfiman dalam al-Quran:
"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan ) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya".(as-Saf ayat 8)

begitulah Allah mengazab orang-orang yang ingin memesongkan akidah orang lain..Allah juga berfirman dalam al-Quran yang mana mafhumnya:"..mereka merancang,Allah juga merancang,dan Allah adalah sebaik-baik Perancang.."

sekarang,satu demi satu perkara yang dinyatakan dalam al-Quran berlaku..contohnya,peredaran matahari yang mengelilingi bima sakti,difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Yaasin,1400 tahun selepas itu,baru boleh nampak matahari mengelilingi bima sakti..mustahil al-Quran sesuatu yang diada-adakan oleh nabi Muhammad SAW..

sesungguhnya,ilmu itu adalah warisan para anbia..nabi Nuh as,arif dalam ilmu pertukangan kayu,nabi Idris as,arif dalam bidang jahitan,nabi Daud as,arif dalam pertukangan besi,nabi Musa as,arif dalam ilmu kimia hinggakan dapat menghasilkan emas hasil campuran beberapa kimia yang diajarkan kepada Qarun,nabi Ibrahim,mahir dalam ilmu arkitek,nabi Yusuf as,arif dalam ilmu tafsir mimpi,nabi Sulaiman as,arif dalam ilmu pentadbiran,nabi Isa as,mahir dalam ilmu perubatan,nabi Muhammad SAW,mahir dalam ilmu pentadbiran..

oleh itu,carilah ilmu..terokainya..jangan hanya terima apa yang yang diterima orang walaupun majoriti..pembongkaran muslihat yang dilakukan oleh Darwin dan konco-konconya telah dilakukan oleh seorang insan yang menggunakan nama pena Harun Yahya..kejayaannya walaupun tidak diketahui umum,tetapi yakinlah semua penipuan yang telah dilakukan akan terbongkar juga..

selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda sekaliannya..


Wednesday, 28 December 2011

perjalanan ada matlamat..

assalamualaikum..

sidang pembaca sekalian,
pernahkah kita lihat tapak tangan kita?dan gerakkannya?saya pernah buat demikian dan saya tertanya-tanya siapa saya..
"aku adalah aku"..kadang-kadang teringat pula dialog drama dalam tv..
"ya..aku adalah aku"..

"kenapa aku  ada di bumi ni?aku tidak pernah minta turun ke dunia.."

sebenarnya,turunnya kita di dunia ni...ada sebab..

ada seorang pelayar hendak belayar ke sesuatu tempat untuk berhijrah..sepanjang perjalanannya,ada pedagang menjual dagangan,ada lanun hendak merompak,ada ikan besar peminat para nelayan..begitulah juga kita di dunia ini..kita masih lagi berjalan di atas garis masa yang kita tidak tahu bila noktahnya..apabila telah sampai ajal,kita akan berpindah ke alam lain yang akan menetukan destinasi akhir kita..

sidang pembaca sekalian,
ya..kita masih beralan atas garis masa tanpa kita sedar..yang bayi akan tinggalkan zaman bayinya ke alam kanak-kanak,yanag kanak-kanak akan tinggalkan zaman kanak-kanak ke lam remaja,yang remaja akan tinggalkan zaman remajanya ke alam dewasa..ingatlah,perjalanan atas garis masa tak mungkin dapat diundur..

.Allah berfirman dalam al-Zariyat ayat 54:"..tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.." jadikanlah setiap apa yang kita buat sebagai satu ibadat,untuk mendapat keredaan Allah SWT,menjauhkan diri daripada maksiat dan mendapat keberkatan Allah SWT..

oleh itu..muhasabahlah diri kita..moga yang terbaik untuk anda dan saya..selawat dan salam atas junjngan mulia,nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda radiAllahuanhum..

SPM candidates

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,syukur atas nikmat Allah SWT yg tlh memanjangkan umur kite sehigga kini..
pejam,celik,pejam,celik, da nk f5 da rupenye..teringat pulak masa jadi junior dulu mase kt mrsm terendak..kalo diingatkn balek,mungkin terbahak-bahak ketawa dibuatnye..
masa kt terendak..


beberape hari lagi,genaplah ke f5..tahun terakhir di peringkat menengah..apa pun,pengalaman dari f1 hingga sekarang tak dapat dilupekan..

kalau dahulu,zaman teknologi serba mundur,cara dakwah yang digunakan adalah apa yang paling maju pada waktu itu..namun,kejayaan tidak hadir tanpa cara dakwah nabi Muhammad SAW..iaitulah ziarah-menziarahi..sekarang zaman blogger,gunakanlah apa yang ada selagi perkara ini tidak menjadi haram atas umat Islam..kembangkanlah dan sebarkanlah apa yang telah disampaikan oleh baginda SAW..moga-moga apa yang kita buat ini mendapat naungan daripada Allah SWT dan diberkati..

selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW dan para sahabat sekaliannya..