Thursday, 29 December 2011

10 wasiat Hassan al-Banna

  1. dirikan solat apabila mendengar azan,walau apapun keadaan pada waktu itu..
  2. bacalah al-Quran,atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain,atau zikirlah kepada Allah SWT. jangan engakau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
  3. bercakaplah dengan bahasa arab dengan fasih,kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.
  4. jangan banyak berdebat dalam apa jua hal.pertengkaran tidak mendatangkan sebarang kebaikan..
  5. jangan banyak ketawa,kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
  6. jangan suka berjenaka atau berolok-olok,kerana umat yang berjuang,tidak mengenal yang lain selain kesungguhan..
  7. jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar.ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan..
  8. jauhi menghina orang,mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik..
  9. perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai,walaupun ia tidak meminta daripadamu,sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling mengenali..
  10. kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia.oleh itu,bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya.jika engkau mempunyai sesuatu urusan,maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya..
as-syahid imam Hassan al-Banna ialah pejuang agama dari Mesir..pintar akalnya,luhur akhlaknya,tetap pendiriannya..menurut para ulama, beliau mungkin adalah insan yang pernah diisyaratkan oleh junjugan mulia nabi Muhammad SAWyang mana sabda baginda,:akan lahir seorang daripada umat Islam yang akan menyatukan umat Islam setiap satu kurun (100 tahun)..perjuangan beliau tidak pernah berhenti sehingga ke titisan darah beliau yang terakhir apabila beliau dibunuh oleh kerajaan Mesir sendiri..seterusnya,perjuangannya diteruskan lagi oleh para pendukung IM (Ikhwanul Muslimeen),namun semakin lemah kerana penindasan yang berlaku di Mesir makin menjadi-jadi oleh british..

Rasulullah SAW pernah bersabda:"pada akhir zaman nanti,orang Islam seperti makanan di tengah-tengah sekalian serigala yang lapar."lalu,sahabat bertanya,"adakah pada waktu itu bilangan kita kecil ya Rasulullah?",lalu jawab Baginda,"tidak,bahkan kamu ramai,tetapi,semuanya bagai buih di tengah lautan"..Rasulullah SAW juga pernah mengatakan bahawa umat Islam pada akhir zaman akan ditimpa penyakit wahn.sahabat baginda bertanya apakah wahn itu,lalu Baginda SAW menjawab yang wahn iru adalah penyakit cintakan dunia dan takutkan mati..

selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat Baginda sekaliannya..

No comments:

Post a Comment