Alhamdulillah,tengah mengangkat wuduk,aku bertemu aiman,sahabatku..''takpelah,lepas maghrib nantilah'',pujuk hati keseorangan..''Allahuakbar.'',imam angkat takbiratul ihram..''siapa sebelahku ini?'',''oh,aiman,nampak lebih matang dari dulu''...usai solat maghrib,wirid dibacakan bersama-sama diiringi dengan doa, senjata orang mukmin..
seperti biasa,selepas solat maghrib,jemaah akan menunaikan solat sunat,begitu juga kami..penceramah sudah memberi salam untuk memulakan kuliah sebelum sempat menghabiskan doa..setelah itu,aku tidak lepaskan peluang untuk bersama aiman ..sambil mendengar kuliah,sambil berborak..
| aiman,my friend.. |
aiman: aku rasa malulah..duduk di sebelah orang ang lebih tinggi kastanya daripada aku..
aku: apa maksud ngko,man?
aiman: yela..ngko kan banyak amalan..
aku: man,yang membezakan kita taqwa,bukan amalan..lagi tinggi taqwanya,lagi dekatlah dia kepada Allah SWT...
ya,sahabatku..bukan amalan menjadi pengukur,tetapi nilai taqwa..tahukah bahawa setiap amalan kita itu ditapis dengan tujuh atau sembilan halangan..amalan yang lepas kesemuanya ialah amalan yang betul-betul ikhlas..amalan yang hanya diterima oleh Allah SWT hanyalah amalan yang ikhlas,bersih dari riya',takbur,ujub dan sebagainya..
lagipun sahabatku,yang akan masuk syurga nanti,hanya orang yang diberi rahmat..bukannya orang yang paling banyak amalannya..Allah SWT ada berfirman dalam surah al-Mulk ayat 2:
Yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapa di antara mereka yang lebih baik amalannya,dan Dia Yang Maha Perkasa,Maha Pengampun.
Allah SWT hanya kan menerima amalan yang terbaik,bukan banyak semata-mata...dalam sebuah kisah,ada dua orang yahudi yang hidup sebelum zaman Rasulullah SAW..seorang ahli ibadah,seorang lagi ahli maksiat..suatu ketika,ahli ibadah terjumpa yahudi ahli maksiat dan dikatakan kepadanya,''engkau tidak akan dapat masuk syurga!''selepas beberapa tahun,kedua-duanya meninggal dunia..semasa di mahsyar,Allah SWT mengatakan kepada ahli maksiat bahawa dia akan masuk syurga dengan RAHMAT ALLAH..manakala dikatakan kepada ahli ibadah yang dia akan ke neraka kerana mengatakan bahawa ahli maksiat itu tidak masuk syurga..siapalah kita nak tentukan seseorang ke neraka atau syurga..
moga-moga persahabatan kami kekal sehigga ke syurga Allah SWT biarpun ada antara kami akan berpindah lebih dahulu..aiman ke kedah,aku pula ke selatan tanah air..ameen..
selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW dan sahabt-sahabat Baginda sekaliannya..
No comments:
Post a Comment