Friday, 30 December 2011

adab makan ( ^_^ )

assalamualaikum..

ya,hari,saya nak kongsikan beberapa adab makan yang diajarkan oleh junjungan mulia nabi Muhammad SAW.."err,ape la ngko nih,makan pun nak ajar ke?"..bukan nak ajar,tapi nak kongsikan dengan semua..supaya walaupun kita makan,tapi setiap suapan itu dapatlah kita makin dekatkan diri kita dengan Allah SWT dan kekasih-Nya Rasulullah SAW..kepada sesipa yang di luar sana ada juga yang nak kongsi,boleh tambah..

setiap kali nabi Muhammad SAW hendak makan,Baginda SAW akan mencuci tangan Baginda yang mulia itu..kemudian,Baginda SAW akan duduk di bawah dan makanan dialaskan saprah ( alas )..Baginda SAW akan makan  menggunakan tangan kanan.."alahai,bang uih,kitorang taula mende tu"..bagus kalau dah tahu,tetapi,adakah apabila kita lakukan sedemikian,antum semua niatkan untuk mengikuti Baginda SAW?.."ruginye saya selama ni"..

apabila makan,Baginda SAW akan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil..bukan macam kita sekarang ni,selagi tak tumpah nasi,selagi tu nasi dimuatkan ke tapak tangan..tidak lupa juge,Baginda SAW tidak akan makan melainkan secara berjemaah..kalau tengok masyarakat sekarang,makan seorang diri pun dah jadi kebiasaan..Baginda SAW tidak makan dan minum secara berdiri,namun sebahagian ulama mengatakan boleh minum berdiri jika tiada tempat duduk..tapi ingat,yang saya dengar,minum sahaja..

apabila Baginda SAW hendak memulakan makan,Baginda SAW akan membaca doa..tapi doa Baginda SAW ialah:"BismiLLahi wa'ala barkatiLLah.."masyarakat kita membaca doa:"Allahumma bariklana...."untuk pengetahuan semua,itu doa apabila nampak makanan,doa itu bertujuan meminta berkat atas rezeki tersebut..andaikata tiba-tiba ada makanan jatuh,Baginda SAW akan mengutipnya kembali,dan cucikannya kemudian isi semula ke pinggan..lihat,sampai begitu sekali nabi Muhammad SAW mengajarkan kita supaya tidak membazir..

juga andaikata ada serangga bersayap seperti lalat,nyamuk dan sebagainya jatuh dalam minuman,Baginda SAW mengajarkan kita supaya mencelupkan serangga tersebut kerana Baginda SAW pernah bersbda bahawa sayap kiri serangga adalah racun manakala sayap kanan serangga tersebut adalah penawar..kajian terkini juga telah membuktikan sedemikian..akhir sekali,Baginda SAW akan menyisip atau menghisap jari Baginda SAW keseluruhannya,kerana menurut beberapa riwayat,Baginda SAW pernah mengatakan bahawa hujung jari mempunyai sesutu yang dapat membuatkan sistem penghadaman berlaku dengan effisien..untuk membuktikannya,cuba anda celupkan hujung jari ke dalam kuah atau lauk,mesti tak dapat bertahan lama sebab hujung jari mempunyai enzim yang berfungsi sebagai pencerna makanan..

selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat Bainda sekaliannya.. 


No comments:

Post a Comment