assalamualaikum..
sebahagian ahli psikologi bijak dalam memahami personaliti seseorang melalui warna pilihan..tidak dapat dinafikan lagi,bahawa kajian terkini warna dapat menonjolkan sesutu personaliti,seterusnya mencorakkan gaya kehidupan seseorang..
nabi Muhammad SAW juga mempunyai warna pilihan..Baginda SAW lebih menyukai warna putih menurut beberapa riwayat..warna putih melambangkan kesucian..oleh yang demikian,Baginda SAW memakai pakaian putih apabila hendak mendirikan solat..warna ini juga digalakkan kepada umatnya melalui sabda Baginda dalam beberapa riwayat kerana bagi memastikan umat Islam bijak dalam menjaga kebersihan diri..
nabi Muhammad SAW juga menyukai warna hijau..menurut beberapa riwayat,Baginda SAW menyukai warna hijau selepas warna putih..warna hijau melambangkan ketenangan..memang padanlah dengan sifat Baginda SAW yang bersifat tenang,tidak tergesa-gesa..pedang Baginda SAW yang terkenal, Zulfaqar,berwarna hijau..pedang tersebut Baginda SAW akan bawa dalam hampir setiap peperangan yang Baginda sertai..
nabi Muhammad SAW pernah memakai baju berwarna merah..selalunya,Baginda SAW akan memakainya apabila menyambut tetamu..contohnya,apabila Raja Yaman memerintahkan tenteranya untuk memanggil nabi Muhammad SAW,Baginda berbincanag dengan isterinya seketika,lalu,atas perstujuan bersama,Baginda SAW mengambil keputusan untuk menghadap raja tersebut..pada waktu itu,nabi Muhammad SAW mengenakan baj merah dan berserban hitam melalui beberapa riwayat..
tidak dilupakan juga,Baginda SAW pernah mengenakan pakaian berwarna hitam..perkara ini diriwayatkan oleh riwayat sahabat Baginda yang mana beliau nampak nabi Muhammad SAW mengenakan pakaian hitam pada peristiwa fathul makkah (pembukaan kota Makkah)..warna yang sama juga pernah dipakai oleh legenda Islam yang agung,Sultan Salahuddin al-Ayubi ketika pembukaan kota Palestin..
selawat dan salam atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW serta sahabat-sahabat Baginda sekaliannya..

No comments:
Post a Comment